Tuesday, November 25, 2008

Belakang Bontot Lori

Salam semua. Ni aku nak berkongsi cerita sikit. Pagi ni aku kena pergi ke Kota Samarahan untuk berjumpa dengan teman. So awal-awal lagi aku dah bangun al-maklum la Kota Samarahan tu kan jauh. Dahlah jalan kat situ banyak yang one way je. Jadi kalau dah terperangkap dalam jam tu, memang sah lah boleh sampai lambat 1-2 jam dibuat nyer.

Al kisahnya begini. Aku janji dengan teman pukol 9, masa tu dah dekat 8.30. Jadi aku pun drive la macam hero KL drift tu...vrooomm..swing sana, swing sini...corner sana, corner sini... nasib baik tak accident. tapi yang aku frust nyer tengah-tengah aku drifting tu, tiba-tiba penglihatan aku jadi sempit. aku tak nampak kereta-kereta lain yang kat depan tu. yang aku nampak, BONTOT warna merah jambu pastu ada ekor! Ya Allah!!! Aku kat belakang bontot lori yang bawa khinzir rupanya! Fuhh...punyer la besar plak khinzir tu. diorang letak dalam sangkar besi. Kemudian susun tinggi-tinggi sampai dua tiga tingkat. Dahla takde cover. Cubala tutup-tutup sikit sangkar tu dengan kain kanvas ke atau apa-apa saje la tak kisah, janji khinzir tu tak nampak. Ni tak, diorang biar je khinzir tu exposed satu Kota Samarahan nampak. Yang paling kesian nyer, bila ada penunggang-penunggang motorsikal yang kat belakang lori tu. Diorang pun nampak macam takut-takut jer nak rapat dengan lori tu. Tapi bila dah nak overtake kena la rapat kan. Tau-tau jer la jalan one way tu macam mana susahnya nak overtake kereta kan. Haiii...kesian sungguh la kat diorang yang naik motorsikal tu (nasib baik aku pakai kereta).

Jadi aku nak tanya bloggers kat luar sana, korang tau tak apa-apa denda ke atau peraturan jalan raya yang ada mengambil tindakan ke atas pemandu-pemandu lori khinzir ni? Tak kan takde? Negara kita ni kan negara Islam. Tapi aku pun fikir jugak, kalau la ada JPJ buat roadblock masa tu, rasanya fikir dua kali jugak la pegawai-pegawai JPJ tu nak tahan lori khinzir ni kan =]

Jadi aku harap pihak yang bertanggungjawab jangan la memandang sambil lewa perkara ini. Setidak-tidaknya keluarkan lah arahan kepada pemandu-pemandu tersebut agar tidak MENAYANGKAN bontot khinzir dengan sewenang-wenangnya di jalan raya.

1 comment:

MakModen said...

betul tu! dulu semasa kerja sebagai pensyarah di UiTM Semarahan, memang la hari pergi balik Semarahan.. memang selalu sangat kena ikut bontot lori yang bawak khinzir.. dah la waktu tu mengandung sedang loya tekak... Ya Allah.. tuhan saja yang tahu!!