Friday, September 26, 2008

Peristiwa Kubur Jalan Keretapi

Bulan lepas 12 Ogos 2008 satu insiden yang boleh dikatakan agak tragik berlaku di Jalan Keretapi Kuching. Insiden dimana para pewaris Kubur Jalan Keretapi mengamuk membakar jentera kontraktor yang di arahkan untuk mengalihkan kubur tersebut.

Ini terjadi kerana menurut para waris, kubur tersebut sepatutnya dipindahkan selepas hari raya puasa. Tapi ketika hendak menziarahi kubur sempena Ramadhan,mereka terkejut dan marah kerana tanpa pengetahuan mereka, kubur telah pun digali. Ini ditambah lagi dengan penggalian menggunakan traktor oleh kaum Cina dan upacara pemindahan kubur yang salah serta tidak mengikut cara Islam.

Jadi disebabkan kejadian ini, sebilangan para waris bertindak membakar jentera kontraktor yang berhampiran. Ada juga sebilangan mereka bertindak menumbuk serta membelasah wakil pihak masjid yang ada ditempat kejadian.

Dalam hal ini pihak yang dikatakan bertanggungjawab adalah pihak LAKMNS (Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak). Pihak LAKMNS gagal menghubungi kesemua para waris menyebabkan kejadian ini berlaku sedemikian rupa. Pihak waris bertindak menyerbu pejabat LAKMNS untuk berjumpa dengan pengurus besar LAKMNS iaitu Tuan Haji Mohamad Shabry Othman. Namun pengurus tersebut dikatakan gagal untuk ditemui dan hanya menghantar wakil untuk berbincang dengan para waris. Ini menambahkan lagi perasaan marah para waris sehingga mereka memaki hamun pihak pegawai LAKMNS yang ada di pejabat tersebut.

Hal seumpama ini dapat dielakkan sekiranya pihak LAKMNS lebih prihatin serta berhati-hati ketika menjalankan tugas. Kubur yang telah mancapai usia ratusan tahun itu walaupun nampak tidak terurus namun tetap ada pewarisnya. Janganlah ambil sambil lewa mengenai perkara yang sensitif seumpama ini. Tugas yang diamanahkan kepada pihak LAKMNS amatlah berat kerana segala tindak tanduk dan perlakuan mereka mencerminkan imej orang-orang Islam di seluruh negeri Sarawak. Oleh itu biarlah perkara ini menjadi pengalaman yang berguna kepada pihak yang berkenaan diharap akan menjadi lebih bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Jangan fikir boleh terlepas kali ini, tuhan tak akan uji lagi diri kita. Mungkin yang telah dilalui bukanlah ujian tetapi amaran. Cerminkanlah.

Ikuti klip video dihari kejadian:


1 comment:

Kelebar Malam said...

Sememangnya kubur orang Islam adalah satu perkara yang sensitif. Aku pun selalu ngabas kubur org ninggal nenek datok di kampung. Keadaannya agak berbeza cos org kpg sia agak perihatin dgn kubur. Setiap bulan beberapa org tertentu akan diupah utk membersih kubur. Duit gaji adalah hasil sumbangan bulanan penduduk kpg. Jadi urusan kebersihan kubur agak terkawal.

Cerita ngalih kubur org nang sensitif. Yang aku heran, kenak kubur org melayu senang jak cdaknya nok ngalih tanpa persetujuan atau pengetahuan pewaris. Coba kita nanggar kubur bangsa lain, bukan senang cdaknya nok ngalih. Mun ngalih pun terpaksa bayar pampasan yg tinggi dan juak tpt baru yg lebih bagus. Org kita tok nang mcm ya. Mun dgn org lain bukan main gik bait tp mun dgn sama dirik, sukati jak daknya molah.

Aku ada juak maca ttg kes kubur di jln keretapi. Yang herannya, ada pihak berwajib yg tertentu kononnya sik tauk-menauk ttg kes ngalih kubur ya sedangkan daknya yg berkuasa memberi kebenaran molah kerja mcm ya. Mcm2 helah pakei napok salah dirikpun. Aku rasa ada something wrong dgn org tertentu dlm agensi ya. Mun semua kerja ikut prosedur, pasti sikda masalah akan timbul.